Sunday, May 2, 2010

Story 15 Qwerty 18 zzz 6

Aku bukan apa. Bukan nak berperangai macam pukimak celaka haram ke apa. Tapi memang terus terang aku cakap aku rindu zaman-zaman kegemilangan kita dulu. Aku faham memang ada hidup masing-masing. Tak kesah. Itu benda yang aku paling tak kesah kalau kita nak split masing ke utara masing ke selatan, timur, barat, tengah-tengah segitiga bermuda, celah makcik timah pun aku tak kesah. Tapi yang aku kesah bila orang mula lupa diri dah ada kuasa dok tunjuk belang. Taring tumpul nak tunjuk sinar. Otak ada tapi macam letak simpan kat rumah bawah katil dok berhabuk. Umur makin tua patut sedar bab mana kau kene banyak baca tapi ni buku kau tinggal rumah membodohkan diri jalan mendada. Janji pun membeku kau simpan dalam plastik merana dalam peti ais yang kau samekan dengan ikan dan daging yang berbau hanyir kat dalam freezer.

Mana? Mulut busuk bau benda pekung, dulu keluar janji kini kau letak setaraf dengan sotong?

Atau aku yang silap? Kalau aku silap, tegur aku depan-depan bukan dok amek pisau gillette kau dok carik-carik daging aku kat belakang senyap-senyap. Takpa, aku try simpan bau daging aku mereput bercarik-carik. Tolong lah jadik macam aku kalau aku ada buat silap, ambil air lada satu cawan pekat simbah muka aku tepat. Kau pun tahu aku cemana.

Atau mungkin aku yang berubah? Dok pergi merantau tempat orang, balik jadi lain orang.

Dalam situasi ni penat puas aku fikir separuh tahun aku perit asyik fikir. bila malam nak tidur tak boleh sebab otak bising hati menjerit tapi last-last aku giveup aku abaikan dan cuba try jalan mendada sebab aku ada teman yang lain susah senang ada. tapi tak kira cemana aku still try selamatkan kawan-kawan yang jadi bakal jadi bekas-kawan. tapi kau otak dok terkunci macam pintu besi aku dah penat suruh kawan-kawan lain gerudi, hack pin code carik jalan untuk selamati, tapi tetap jumpa jalan mati.

jangan sampai aku jadi bom. ok aku memang dah meletup sebelum ni. ok silap. lagi sekali aku betulkan, jangan sampai aku jadi bom atom. sekali aku meletup orang kawasan jauh boleh cacat.

1 comment:

  1. Dude dude. Tak ada kaitan, saja menyebok.

    ReplyDelete