Tuesday, May 11, 2010

Story 16 Qwerty 19

Aku pernah baca satu cerita. pernah jugak lepak-lepak kat warung dengan member-member cerita pasal satu kisah teladan ni. orang memberi kita menerima. aku tak pernah buang. cuma ada conflict antara monolog orang-orang halus kat dalam otak aku dah macam ada pertandingan debat.

cerita dia pasal ada sorang budak ni panas baran suka marah. biasa la kan. orang macam2 jenis cap. ada jenis cap ayam, tuna brand, selipar jepun, samsung, winston, calvin klein, etc etc. so pasal budak ini, dia memang senang panas. bapak dia pun perasan perangai anak dia tak semenggah. so bapak dia sound dia, suruh dia ketuk paku kat dinding tiap-tiap kali dia marah orang. so dia buat apa yang bapak dia suruh.

tiap-tiap kali dia marah, dia ketuk satu batang paku kat dinding walaupun dia tau dinding tu dah kena cat dengan cat warna kuning Nippon Weatherbond, cat mahal kualiti tinggi yang warna dia ada macam kualiti warna cerita Avatar siap ada kaler 3D, tapi dia pedulik apa, dah bapak dia suruh.

sampai suatu masa, dia tengok paku tu macam cepat gila bertambah yang bermakna dia ni senang sangat marah orang dan naik angin. so dia pun try control anger dia. dia kawal. dalam masa singkat, dia berjaya kawal perasaan marah dia dan treat orang nice macam waiter restoran Perancis menjemput tetamu hadir ke restoran penuh senyuman mesra dan lemah lembut tapi tak la lembut macam bapok Jalan Raja Laut tergedik-gedik macam anjing.

dengan melihat perangai anak dia dah berubah, si bapa pun sound lagi skali "wahai anak. cuba kau cabut paku-paku tersebut". so anak dia pun amek hammer bahagian belakang so dia cabut satu persatu dan beliau yakni yang amat berhormat anak tersebut dapat melihat kesan-kesan paku kat dinding yang dicat mahal tersebut. 

bapanya berkata kepada anaknya; "lihat, nak. bapak bukan nak mengungkit sebab cat dinding ni mahal ke apa, tapi cuba kau tengok kesan-kesan dinding tersebut. paku itu melambangkan kemarahan yang kau senang lemparkan kepada orang. dan kesan cacat di dinding tersebut melambangkan bahawa walaupun kemarahan kau telah reda, walaupun mereka memaafkan kau, tetapi ingatan dan kesan itu masih ada terguris di hati mereka. bayangkan hati mereka adalah dinding ini. apa perasaan kau bila kau diperlakukan begini?"

haaa. lebih kurang camtu la jalan cite dia yang aku dengar member aku membebel kat warung padahal aku sibuk belek video hangat terbaru kat henset diorang. tapi serba sedikit aku dapat tangkap la apa yang dia cerita walaupun mata aku khusyuk mengadap skrin henset sambil minum air tembikai ais kegemaran.

so I wonder what if the story is being added up with some "what ifs".

so selang 30 hari si anak baru balik sekolah. lepas letak beg sekolah atas sofa, dia bukak ikatan tali leher dan terus berjumpa si bapak yang sedang khusyuk menonton rancangan Slot Akasial "Adamayat" di kaca telebesen.
"bapa (which is very awkward calling your dad as "bapa" because i`ve never watched or witnessed my friends calling their father as 'bapa' but they used ayah or abah but still it`s acceptable kan?), I am tired to act like a goodie goodie person because I`ve been stomped on, back-stabbed, and even humiliated for being the very smiley face you told me to be once. so instead let me tell you something that have been haunting me lately. I`ve been using your nail method but in reversed order; every time when a person was mad at me and made me so dangggggggg mad, I stick a nail respectively on our house`s toilet`s wall. and whenever I felt good and again, I pluck each of them and it seems that the cooldown is just for a very short time. For the last few days, I`ve been wondering and thinking that when I were this kind of holy creature, people can easily throw shit at me. dont argue with me about karma because I`ve been observing and noticing that karma is not fit in for the concept to live in this new world order unless you live in the so closed-up community of losers and which is very delicate and cunning and even in your era, karma had least lived its existence, if you know what I mean. so, I`m so sorry father if I cant follow your voice for now or maybe for eternity" said the anak.

(ok. tetiba je anak beranak ni speaking english kan? haha)

so the bapa replied "Now you know, I`m not the only teacher of you, dont you?"





So, who is your teacher ?


-Rfqisontheloose

No comments:

Post a Comment